UK perkenal undang-undang haramkan AI hasil imej dera seksual kanak-kanak

UNITED Kingdom (UK) akan memperkenalkan undang-undang untuk mengharamkan alatan kecerdasan buatan (AI) yang menghasilkan imej penderaan seksual kanak-kanak, sekali gus menjadi negara pertama yang melakukan langkah sedemikian.

Undang-undang baharu yang diumumkan kerajaan pada Sabtu itu juga akan menyasarkan model AI tertentu yang digunakan untuk penderaan kanak-kanak.

Menurut kerajaan, alatan AI digunakan untuk menghasilkan imej penyalahgunaan dengan ‘membogelkan’ foto kehidupan sebenar kanak-kanak atau mencantumkan muka kanak-kanak lain pada imej sedia ada.

Langkah itu akan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang Jenayah dan Kepolisan apabila ia diperkenalkan di Parlimen.

Undang-undang itu juga akan mendakwa pihak yang membenarkan pedofil berkongsi kandungan penderaan kanak-kanak atau memberi nasihat mengenai penjagaan kanak-kanak.

Pesalah akan berdepan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun.

Setiausaha Dalam Negeri, Yvetter Cooper berkata, seseorang yang memiliki atau mengedarkan alatan AI yang direka dengan kandungan sedemikian akan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Menurutnya, seseorang juga boleh disabitkan jenayah apabila memiliki ‘pedofil manual’, yang memberi arahan untuk penderaan kanak-kanak dalam AI seterusnya akan membawa membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.

“Ini adalah fenomena yang sangat membimbangkan. Bahan penderaan seksual dalam talian bukan sahaja berkembang dalam kalangan kanak-kanak, tetapi ia juga melibatkan golongan remaja.
Dan apa yang berlaku sekarang ialah AI meletakkan perkara ini kepada ‘steroid’,” katanya kepada Sky News pada Ahad.

Tambahnya, alatan AI memudahkan pelaku ‘melatih kanak-kanak’ dan ini juga bermakna mereka memanipulasi imej kanak-kanak sebelum menggunakannya untuk melukis dan memeras ugut golongan tersebut dalam penderaan selanjutnya.

“Negara lain masih belum melakukan langkah ini tetapi saya harap ia akan diikuti,” katanya.

Cooper berkata, siasatan baru-baru ini mendapati kira-kira 500,000 kanak-kanak di UK mengalami beberapa penderaan setiap tahun, dengan penderaan dalam talian menjadi kebimbangan yang semakin meningkat.

Yayasan Pengawasan Internet (IWF) turut melaporkan peningkatan dalam imej penderaan kanak-kanak yang dijana AI.

Dalam tempoh 30 hari tahun lalu, penganalisis IWF mengenal pasti sebanyak 3,512 imej sedemikian pada laman gelap (darkweb).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat