Tiada Usul Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh hari ini menafikan terdapat usul dibincangkan berkenaan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

“Setakat ini tiada usul dibincangkan berkenaan perkara tersebut di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya ringkas kepada Malaysia Bangkit.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin bahawa parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu.

Memetik laporan media tempatan, Shamsul berkata, cadangan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti tersebut berdasarkan beberapa cadangan daripada proses rundingan dalaman sebelum ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat