Politik

Raja Jordan mahu lawat Malaysia tahun depan

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan Raja Jordan, Raja Abullah II menzahirkan hasrat untuk mengadakan lawatan ke Malaysia pada tahun hadapan.

Katanya, perkara tersebut nyatakan baginda ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar juga dijemput untuk membuat lawatan rasmi ke Jordan,” katanya dalam satu kenyataan di X pada Ahad.

Fahmi bersama Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut membincangkan konflik Israel, Palestin di Gaza.

Sidang tergempar ini akan memutuskan tindakan OIC dan Liga Arab berhubung masalah itu.

Dalam pada itu, Anwar turut sempat bertukar pandangan mengenai isu Palestin dengan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Mali, Abdoulaye Diop.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close