Lelaki maut motosikal hilang kawalan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan kendiri di Jalan Kebun Teh Lama, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi itu, mangsa warga tempatan, berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu jalan selekoh lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan tercampak di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan kepada pihak polis atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nurulhadi Ali di talian 019-5230102.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat