Selain pengumuman puasa, warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jadi tumpuan malam ini

PETALING JAYA: Setiap kali menyambut Ramadan, pastinya pengumuman tarikh permulaan puasa paling dinantikan seluruh umat Islam di Malaysia.

Tetapi, apa yang lebih menarik lagi, kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pasti menjadi tumpuan kerana orang ramai menantikan apakah warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau pada pengumuman malam ini.

Teka-teki mengenai warna tersebut menjadi topik perbincangan pengguna di media sosial kerana, setiap tahun Syed Danial akan memakai sepasang baju Melayu lengkap dengan warna yang berbeza-beza.

Ada yang teka warna hitam, burgundy, kuning, rich brown dan macam-macam lagi.

Nak tahu warna apa akan dipakai beliau, sama-sama kita nantikan pengumuman malam ini.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Februari bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari itu di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat