MyKad subsidi bersasar RON95 akan dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR: Perincian mengenai penggunaan MyKad bagi pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan dibentang di Parlimen, menjelang separuh kedua tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkatq mekanisme itu sedang diperhalusi termasuk mengambil kira keberkesanan penggunaan dalam penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Jadi, jika kita bandingkan, kalau kita boleh pakai MyKad untuk 5.4 juta orang, dengan 3,500 kedai yang boleh dipakai, taklah berbeza kalau kita pakai kad jugak untuk RON 95,” katanya memetik Berita RTM pada Khamis.

Tambahnya, penelitian menyeluruh mengenai penggunaan MyKad harus dilakukan untuk pastikan ia benar-benar mampan apabila digunakan secara meluas.

Langkah rasionalisasi RON 95 yang menggunakan sistem harga dua peringkat dengan lebih 85 peratus rakyat akan menikmati harga subsidi.

Di bawah SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.

Mulai tahun ini, penyaluran SARA melalui MyKad turut diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat