Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Pemilihan peringkat Cabang di Kelantan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasminya telah berakhir pada Jumaat, terdapat beberapa keputusan yang menarik perhatian umum.
Antaranya ialah apabila, Aina Naziratul Aini Sayuty yang merupakan calon ketua cabang Kelantan menerusi Facebooknya hari ini apabila memaklumkan beliau terkandas dengan undian 581 dalam pemilihan itu ketika berdepan dengan tiga calon yang lain.
Tiga calon tersebut adalah Mohd Izhan Ramly yang dinobatkan sebagai pemenang dengan jumlah undian sebanyak 702 manakala dua lagi merupakan Mohd Sabri Mat Deris yang meraih 575 undi serta Mohammad Azmi Abu Bakar yang hanya meraih sebanyak 223 undi sahaja.
Kemenangan yang dirangkul Mohd Izhan Ramly di cabang Kelantan telah disahkan dengan keputusan itu adalah benar dan tepat.
Manakala laman sesawang pemilihan keadilan rakyat telah memaklumkan keputusan rasmi ketua-ketua cabang di peringkat Kelantan secara keseluruhannya.
Antaranya ialah, cabang Machang yang menyaksikan kemenangan Nik Mohammad yang berdepan enam penjuru dengan undian sebanyak 257 sekali gus mengalahkan lima calon yang lain iaitu Mohd Noor Mat Yunus dengan (196), Azam Hafizi Mustapha (148) dan Akmal Ahmad Tabarani yang hanya mengaut 113 undi.
Kemudian di cabang Kota Bharu memperlihatkan persaingan sebanyak empat penjuru yang mana kerusi ketua cabang itu dimenangi oleh Abu Hamid Muhammad Abu Samah yang memperolehi undi sebanyak 213 yang mengalahkan tiga lagi calon iaitu Rosli Allani S Abdull Kadir (177), Zinda Khalil Sastro Hassan (172) dan Mohd Hafiz Muhd Kasasi (40).
Dalam pada itu, lokasi pemilihan ketua di cabang Gua Musang turut dilihat mempunyai 4 penjuru yang menyaksikan kemenangan padu oleh Asharun Uji iaitu dengan undian sebanyak 1144 yang turut mengalahkan pesaingnya lain iaitu Zulqarnain Zakariah (437), Ahmad Ridhuan Mat Hussin (377) dan kekalahan yang amat mengecewakan diraih oleh Nuruk Ain Zainuddin dengan hanya 3 undian sahaja.
Pada masa sama, pemilihan Parti Keadilan 2025 peringkat Kelantan berakhir pada Jumaat menunjukkan persaingan tiga penjuru di cabang Ketereh, yang mana kemenangan dirangkul oleh Sukri Hussin iaitu 566 undi dan mengalahkan Rahimi L. Muhamud iaitu 318 undi serta kekalahan yang disifatkan undian paling sedikit iaitu Ismail Ab Kadir dengan hanya tiga undian sahaja.