Politik

DAP hormati kedudukan Islam, tak semai permusuhan kaum

PARTI DAP mengulangi pendirian bahawa mereka akan terus mempertahankan semua perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Anthony loke bidas tohmahan Mahathir

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook sebagai mengulas tuduhan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP cuba mengubah kedudukan Islam seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, parti tersebut tidak akan mempersoalkan keabsahan agama berkenaan di peringkat nasional dan beliau amat kecewa dengan tuduhan dibuat Mahathir. 

“Saya berasa amat kecewa dengan dakwaan Tun kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hal ini.

“Apakah beliau sudah lupa bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari Mei 2018 sehingga Februari 2020, beliau didokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP?

“Adakah DAP pernah menarik sokongan daripada beliau atau mengugut kedudukannya? soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Anthony menambah, DAP tidak akan menyemai perkauman atau bermusuh-musuhan dengan kaum lain.

“Kita akan terus berkhidmat demi negara dan memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara,” tambah beliau.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close