PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar secara rasmi telah mengemukakan pencalonannya bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Menerusi laman sesawang pemilihan PKR, Nurul Izzah ialah calon pertama yang mendaftar dan belum ada senarai nama calon lain.
Pencalonan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pendiriannya, susulan sokongan padu yang diterima daripada pelbagai peringkat dalam parti.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengemukakan borang pencalonan Presiden PKR.
Proses pencalonan PKR peringkat pusat telah dibuka mulai malam tadi dan akan berakhir jam 11.59 malam ini.
Baca juga: