Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) Sabah bakal menyaksikan gabungan dua parti gergasi negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini.
Menurut kenyataan bersama yang dibuat oleh Ketua Sekretariat Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata kedua-dua parti itu telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi PRN Sabah kelak.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama diantara kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Sabah,” katanya.
Kata mereka juga, segala keputusan berhubung hal itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan.

Terdahulu, media melaporkan BN pada ketika ini sedang menumpukan usaha untuk memperkuatkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.
Ujarnya, ia terserah kepada kebijaksanaan BN Sabah dengan panduan dari pusat untuk mencari jalan yang bijaksana dalam menentukan dominasi kesepakatan itu.
Difahamkan, BN Sabah mengesahkan akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada PRN ke-17 yang dijangka dilangsungkan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir dilaporkan berkata baki 33 kerusi lagi akan diberikan kepada PH.