Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC: PM gesa penindasan terhadap rakyat Palestin segera berakhir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat antarabangsa saling bekerjasama untuk menghentikan tindakan kejam dan sikap hipokrasi terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian ketika hadir Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi pada Khamis.

Anwar menyifatkan tindakan masyarakat antarabangsa yang diibaratkan menutup mata terhadap kekejaman Israel sekali gus membiarkan konflik antara kedua-duanya berlarutan.

“Tanpa pengecualian, hak asasi manusia perlu dilindungi dan undang-undang antarabangsa harus ditegakkan. Rakyat Palestin berhak mendapatkan semula tanah, kediaman dan harta mereka.

“Mereka harus dibenarkan hidup secara aman serta bermaruah di negara berdaulat dengan sempadan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan perjanjian pra 1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka,” katanya dalam ucapan pada sidang kemuncak.

Tambah Anwar, negara mengharapkan semua negara akan saling sepakat untuk berusaha menbantu mencari penyelesaian berkekalan dan adil.  

“Dalam keadaan yang begitu mencabar ini, kejadian krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku mampu mempengaruhi ke negara lain di seluruh dunia,” ujarnya.  

Dalam pada itu, Anwar turut bertegas agar rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mereka sekali gus mengiktirafkan kewujudan negara itu yang pada masa sama mengakui sempadan pra 1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara.

“Ini sebagai langkah ke depan demi rakyat kedua-dua rantau dan akan menjadi perjanjian hubungan perdagangan bebas (FTA) pertama yang akan menggabungkan ASEAN dan negara Teluk,” ujarnya.

Dalam persidangan itu, konflik Palestin menjadi fokus utama persidangan khusunya keadaan semenjung Gaza terus menjadi sasaran tentera zionis hingga mengakibatkan rakyat Palestin kehilangan nyawa dan harta.

Bagi memastikan kesejahteraan rakyat Palestin terus terpeliharan, Anwar optimis dengan pendirian Malaysia agar Gerakan bantuan kemanusiaan perlu segera dilakukan bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan.

Anda Mungkin Berminat