PM merafak sembah ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meradak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda.

“Patik bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat