Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon tanah air, Nora Ariffin, 51, dipercayai menerima lafaz cerai suaminya, Dr Rushdi Ramli dibuat tanpa sebab dan kerelaannya.
Menerusi laman Instagram milik Nora atau nama sebenar Datuk Wan Norhafizah Wan Ariffin, dia tidak menyalahkan Rushdi atas apa yang berlaku.
“Ustaz tidak bersalah. Di hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakamkan video sebagai bukti.
“Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya dengan mengakhiri ayatnya dengan emoji tangan berdoa.
Walaubagaimanapun, individu yang memberi arahan kepada suaminya masih belum dapat diketahui kerana Nora memilih untuk berdiam diri.
Sebelum ini, timbul spekulasi berkenaan rumah tangga Nora bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Figh dan Usul, Universiti Malaya (UM) agak goyah sejak tahun lalu, namun, penyanyi itu menepis spekulasi tersebut.
Nora pernah berkongsi yang dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Terdahulu, penyanyi berkelahiran Kelantan itu berkahwin dengan Rushdi pada tahun 2021 dan dilaporkan dia menemukan jodohnya menerusi sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Sementara itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Baca juga: