Larangan tajaan produk tembakau berkuat kuasa hari ini

MULAI hari ini, Akta 852 iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 berkuat kuasa serta merta.

Antara larangan dan penguatkuasaan yang boleh diambil dari akta tersebut adalah:

  • Tiada produk tembakau, bahan merokok (propylene glycol, glycerol atau triethylene glycol bagi maksud merokok, pendeknya vape) atau pengganti tembakau boleh diimport, dikilang atau diedarkan selain didaftarkan di bawah akta 852 dam dilabeli mengikut kehendak yang ditetapkan.
  • Larangan iklan berkaitan produk tembakau, bahan merokok atau produk penganti tiruan. Termasuk iklan mempromosikan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu sebagai suatu produk berhenti merokok.
  • Larangan promosi atau tajaan produk tembaku, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok termasuk melalui tajaan, hadiah, ganjaran, biasiswa atau menganjurkan apa-apa kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara.
  • Larangan penjualan dan mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
  • Larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melalui kupon ganjaran, barang tawaran atau apa-apa perkhidmatan sebagai hadiah.
  • Melarang penerbitan atau memudahkan penerbitan iklan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.
  • Larangan penjualan produk rokok dan bahan merokok(vape) melalui mesin vending dan di kawasan Institusi Pengajian Tinggi(IPT).
  • Larangan penjualan produk rokok dan bahan merokok(vape) di pasar jualan atau jualan berisfat sementara seperti pasar malam, Uptown, Downtown dan serupa dengannya.
  • Mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya tidak boleh membeli apa-apa produk tembakau termasuk juga bahan merokok dan peranti merokok.
  • Menteri boleh isytiharkan mana-mana bangunan atau bahagian bangunan dan kenderaan sebagai tempat larangn merokok. Merokok di kawasan larangan merokok denda maksimum sehingga RM5,000.

    Denda tidak melebihi RM300,000 dan penjara tiga tahun kepada penjual. Denda tidak melebihi RM500 atau diperintahkan untuk melaksanakan suatu perintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001 kepada yang hisap.