DBKL sita 27 premis, tunggakan lebih RM600,000

Oleh: Haikal Tajuddin

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi sita cukai taksiran di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, melibatkan 27 premis dengan jumlah hutang melebihi RM600,000.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dilakukan kerana pemilik premis dipercayai tidak menyelesaikan tunggakan cukai perniagaan mereka.

DBKL berkata, pihaknya menjalankan tindakan itu sejajar dengan Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang membolehkan mereka menyita barangan berkenaan.

“Jika masih gagal, langkah seterusnya adalah menahan dan menjual pegangan (Seksyen 151).

“Semua kos operasi pula akan ditanggung oleh pemilik atau penyewa yang liat membayar hutang,” kata DBKL.

Menurut DBKL, pembayaran cukai adalah amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dan wajar dilangsai untuk mengurangkan beban.

Untuk info, operasi itu dijalankan pada 13 November lalu di Parlimen Bandar Tun Razak yang melibatkan 27 premis yang disita.

Baca lagi.

Anda Mungkin Berminat