Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Mata wang Ringgit Malaysia masih mengekalkan pertumbuhan stabil dengan dibuka lebih tinggi berbanding nilai pound Britain.
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar jam 12 tengah hari, nilai ringgit kini sudah berada pada kadar 4.5000.
Nilai itu dilaporkan tidak mengalami sebarang perubahan sejak sesi penutupan yang dibuat pada lewat malam semalam.
Selaras dengan data tersebut, nilai pound Britain telah diunjur melemah kepada kepada 5.5616 berbanding dengan ringgit sewaktu sesi perniagaan pagi ini.
Namun begitu, ia sedikit penyusutan berbanding yen Jepun kepada 2.8452/8517 daripada 2.8449/8482 ketika ditutup pada Rabu.
Sementara itu, ringgit menunjukkan prestasi campuran berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menguat berbanding baht Thailand kepada 12.9863/13.0260 daripada 12.9949/13.0168 sebelum ini dan juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2892/2968 daripada 3.2919/2958.
Dalam pada itu, ringgit kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.5/278.3 berbanding 277.5/278.0 dan peso Filipina pada 7.70/7.73.
Baca juga: