Dia boleh hidup dengan angan-angan dia – Fahmi jawab Annuar Musa

PETALING JAYA: Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil tegas menyatakan pentadbiran Kerajaan beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Jelasnya, khabar angin mengenai siapa Perdana Menteri dari Parti Perikatan Nasional (PN) juga tidak menjejaskan Kerajaan Madani.

“Ya belum pilihan raya lagi. Dia boleh hidup dengan angan-angan dia,” ringkas jawapannya kepada pemberita ketika sidang media pada Rabu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjawab soalan media mengenai pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa yang pernah mengeluarkan kenyataan di Facebook beliau tentang Selamat Datang kepada Perdana Menteri ke-11.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai calon-calon Perdana Menteri daripada PN yang disuarakan oleh pemimpin Bersatu dan PAS.

Antara nama-nama yang disebutkan ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat