Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Selaras lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara, nilai mata wang ringgit juga turut menyuntik nilai positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan nilai ringgit hari ini didagangkan pada 4.4320.
Ia tinggi berbanding nilai dolar AS yang ditutup pada hari semalam mencecah 4.4420.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan dengan kebanyakkan mata wang utama dengan prestasi lebih kukuh.
Ia mencatatkan kenaikan berbanding yen Jepun kepada 2.8388/8495 berbanding 2.8429/8461 pada Khamis, serta meningkat berbanding Eropah kepada 4.6155/6321 daripada 4.6246/6293.
Bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding pound kepada 5.4735/4933 daripada 5.4703/4759.
Mata wang tempatan juga mencatatkan pengukuhan berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 272.1/273.2 berbanding 272.7/273.1 semalam, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.58 daripada 7.57/7.58.
Wang tempatan juga turut mencatatkan kenaikan berbanding baht Thailand kepada 13.0250/0835 daripada 13.0582/0779 dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2648/2776 daripada 3.2734/2770.
Baca juga: