PRK Ayer Kuning: BN menang bergaya kalahkan PN, PSM

Oleh: Tyah Helmi

TAPAH: Calon Barisan Nasional, Dr Mohammad Yusri Bakri secara rasminya diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, hari ini.

Beliau berjaya mengekalkan kemenangan kerusi itu dengan majoriti 5,006 undi dengan memperolehi 11,065 undi.

Dalam pada itu, pesaing terdekat beliau iaitu Abdul Muhaimin Malek yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pula mendapat sebanyak 6,059 undi.

Manakala, pesaing terakhir yang turut terkandas di medan PRK DUN Ayer Kuning pada kali ini iaitu Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya mendapat 1106.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Ayer Kuning Ahmad Redhauddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka Tapah, Perak pada pukul 9.40 malam tadi.

Dengan peratusan keluar mengundi 58 peratus.

Secara keseluruhannya,terdapat pengundi berdaftar bagi DUN Ayer Kuning dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada 22 April hari Selasa yang melibatkan sebanyak 500 anggota.

Terdahulu, PRK Ayer Kuning diadakan ekoran kematian penyandangnya Ishsam Sharuddin yang meninggal akibat serangan jantung pada 22 Februari lepas.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam Sharuddin menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru yang melibatkan Pakatan Harapan (PH), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Pejuang.

Anda Mungkin Berminat