SPR terima writ bubar DUN Sabah, mesyuarat khas Selasa depan

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya pada Selasa.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah – “suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut” katanya.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Selasa depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting dan perkara-perkara lain berkaitan PRN Sabah ke-17.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat