PETALING JAYA: Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kontroversi berkaitan surat sokongan yang dikeluarkan bagi kontraktor terlibat dalam sebuah projek hospital.
Dalam satu hantaran di X, Shamsul berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat usaha menggunakan isu berkenaan untuk menyerangnya, sekali gus boleh menjejaskan imej kerajaan.
“Oleh itu, saya memilih untuk melindungi diri daripada serangan ini.
“Dan pagi ini saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya dipetik.
Peletakan jawatan Shamsul berlaku seminggu selepas Anwar memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa beliau telah menegur setiausaha politiknya kerana peraturan kerajaan tidak membenarkan sebarang surat sokongan dikeluarkan.
Baca juga:








