Putera sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Oleh: Tyah Helmi

BERITA sedih menyelubungi seluruh negara apabila anak pertama kepada pelakon tanah air, Amyza Aznan, iaitu Andre Mikhail Khairil Izhar, meninggal dunia pada lewat malam Isnin akibat kanser paru-paru.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Amyza menerusi laman Instagram beliau.

“Assalamualaikum dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail Bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” katanya.

Difahamkan, Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun.

Sebelum ini, negara sentiasa dikhabarkan dengan dengan keadaan Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa hari lalu bagi menerima rawatan yang dikongsikan oleh ibunya yang tanpa putus meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat Andre.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Lebih menyedihkan lagi apabila, di saat Ramadan pertama tahun ini, Amyza diuji lagi dengan perkhabaran mengenai anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat