Anwar Berbual Telefon Dengan Pemimpin Bahrain Dan UAE, Tegas Jalan Damai Di Asia Barat

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam perbualan tersebut, ketiga-tiga pemimpin saling bertukar ucapan Aidilfitri dan mendoakan kesejahteraan, keamanan serta kemakmuran buat rakyat di kedua-dua negara.

Anwar turut menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap perkembangan semasa di Asia Barat yang semakin meruncing khususnya implikasi ketegangan berlarutan terhadap keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat serangan balas yang berlaku.

“Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai.

“Dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan ke hadapan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan dan prinsip keadilan sejagat,” katanya.

Anda Mungkin Berminat