๐„๐ฑ๐ข๐ฌ๐ญ๐ฌ ๐ซ๐š๐ข ๐Ÿ‘๐Ÿ“ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง, ๐ค๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐จ ๐Œ๐จ๐ซ๐ข ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐š๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐š๐ฌ๐š๐ฅ

KUMPULAN rock popular Exists bakal mengadakan konsert khas sempena ulang tahun ke-35 penubuhan mereka menerusi Konsert Exists Memento Mori pada Ogos ini.

Konsert berskala besar itu dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, sekali gus menjadi kemunculan istimewa selepas konsert reunion terakhir mereka pada 2019.

Istimewanya, konsert ini bakal menggabungkan semula barisan anggota asal termasuk Ajai, Shah, Ujang, Along dan Musa bersama dua vokalis utama mereka, Mamat dan Ezad.

Penganjur, ICON Entertainment iaitu Iman Tang menyifatkan penganjuran konsert itu sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan panjang Exists dalam industri muzik tanah air.

โ€œMengekalkan kelangsungan selama 35 tahun dalam industri bukan sesuatu yang mudah, namun Exists terus kekal relevan hasil karya berkualiti,โ€ menurutnya pada Khamis.

Konsert bertemakan Memento Mori yang membawa maksud menghargai setiap detik kehidupan itu turut dilihat sebagai manifestasi baharu perjalanan seni kumpulan berkenaan.

Tiket konsert akan mula dijual pada 30 April ini menerusi platform dalam talian dengan harga bermula RM228 hingga RM5,000 bergantung kepada kategori tempat duduk.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat