Anwar Arah Pindaan Akta MARA Siap Dalam Tiga Bulan

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak boleh berlengah dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan memperkasa peranan agensi itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengarahkan supaya draf pindaan Akta MARA disiapkan segera dan diserahkan kepadanya dalam tempoh tiga bulan.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi arahkan siap sebelum akhir tahun tetapi saya tidak mahu tunggu lama.

“Serahkan draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Ahad.

Terdahulu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 akan dipinda bagi menambah baik aspek tadbir urus.

Menurut beliau, draf pindaan tersebut telah disiapkan dan kini berada pada peringkat sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh.

Anda Mungkin Berminat