Krisis global memuncak, tapi Malaysia masih ada telur bawah RM10 – Netizen

Oleh: Tyah Helmi

DI sebalik krisis tenaga global dan konflik antarabangsa, Malaysia kekal stabil dengan bekalan barangan asas yang mencukupi dan harga mampu milik yang boleh dibeli oleh rakyat.

Menerusi perkongsian oleh pengguna di laman thread oleh Hakunamatoddler, walaupun terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu semasa, realitinya keadaan bekalan makanan asas adalah terkawal.

Dia turut mengakui bahawa Kerajaan Madani kekal berusaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Walaupun ada pihak yang sibuk mempolitikkan segala perkara, realiti di lapangan menunjukkan gambaran yang berbeza.

“Di tengah ketegangan global dan ketidaktentuan peperangan, Malaysia masih kekal relatif stabil dan keadaan ini bukan berlaku secara kebetulan,” katanya.

Ujarnya lagi, peringatan yang sering disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Madani tidak berdiam diri dan mengambil langkah proaktif demi melindungi rakyat.

“Rakyat masih boleh membeli barangan asas pada harga yang mampu milik.

“Telur gred B dijual di bawah RM10, manakala minyak masak paket tersedia dalam jumlah yang banyak,” ujarnya.

Pada masa yang sama, rata-rata pengguna laman thread turut memberi komen yang menghargai terhadap usaha kerajaan.

Mereka mengakui walaupun keadaan belum sempurna, impak inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

“Tidak sempurna, tetapi usaha itu ada dan dirasai di peringkat akar umbi,” menurut salah seorang pengguna, sambil menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan negara.

Dalam masa sama, terdapat juga gesaan agar masyarakat terus bersikap positif dan memberikan sokongan terhadap inisiatif kerajaan, selain memahami bahawa setiap dasar memerlukan masa untuk menunjukkan hasil sepenuhnya.

Baca juga:;

Anda Mungkin Berminat