Ziarah MADANI: Bapa Tunggal Terima Sokongan Kerajaan

KUANTAN: Program Ziarah MADANI di Indera Mahkota diteruskan dengan menyantuni kediaman Zamrifaizal Dzuani di Kampung Balok Pantai, sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan dalam mendekati rakyat.

Ketika kunjungan berlangsung, Zamrifaizal yang bekerja sebagai nelayan sedang berada di laut membanting tulang demi menyara keluarga.

Sumbangan yang disampaikan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diterima oleh adik beliau, Zuliana, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

“Saya amat kagum dengan ketabahan beliau sebagai bapa tunggal, di mana penyerahan sumbangan telah diwakili oleh adik beliau, Zuliana,” kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Difahamkan, ruang rumah sedia ada tidak mencukupi untuk menampung ahli keluarga yang ramai.

Justeru, permohonan bantuan pembinaan bilik tambahan telah dikemukakan bagi memastikan keselesaan lebih terjamin.

“Insya-Allah, permohonan ini akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain sumbangan kecil yang disampaikan, beliau turut mendoakan agar Zamrifaizal sekeluarga terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Untuk info, Program Ziarah MADANI yang digerakkan di seluruh negara bukan sahaja menyalurkan bantuan tetapi juga menyuntik semangat dan harapan kepada rakyat yang berdepan cabaran hidup.

Anda Mungkin Berminat