KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan dan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Rafizi Ramli atas sumbangannya sebagai Menteri Ekonomi, sambil menegaskan bahawa Kementerian Ekonomi akan terus berfungsi dan tidak akan dibubarkan.
“Beliau (Rafizi) telah memberikan khidmat yang baik dan saya ucapkan terima kasih serta selamat maju jaya kepada beliau,” katanya memetik laporan media tempatan.
Anwar turut menolak sebarang spekulasi mengenai kemungkinan kementerian itu akan diserap semula ke dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Tak ada… kementerian itu akan kita kekalkan. Tak akan dibubarkan, dan saya akan tentukan nanti siapa (pengganti) yang akan ambil alih,” jelas beliau.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tetap akan diselaraskan oleh EPU sebagai sekretariat utama, namun hala tuju ekonomi negara tetap dipandu oleh Kementerian Ekonomi dan beliau sendiri.
Anwar Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Rafizi, Kementerian Ekonomi Akan Kekal