Empat rakyat Malaysia dari Lubnan selamat tiba di KL

PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan jumlah itu tidak termasuk seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang nanti.

Tambah kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat.

“Kementerian ini juga komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Lubnan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Anda Mungkin Berminat