Imigresen Johor Tahan 94 PATI, Dua Warga Tempatan

JOHOR BAHRU: Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam operasi di 43 premis sekitar Iskandar Puteri dan Kulai pada 3 September lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 61 tahun membabitkan warganegara Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, Nepal, Pakistan dan Thailand.

“Turut ditahan dua lelaki tempatan yang disyaki melindungi PATI,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, seorang PATI turut disiasat mengikut Seksyen 55, manakala dua lelaki tempatan berdepan siasatan di bawah Seksyen 56(1)(d) akta sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat