Jemaah hanya dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah sekali sahaja ketika Ramadan

Kerajaan Arab Saudi menghadkan pelaksanaan umrah ke atas jemaah agar tidak melakukan ibadah tersebut lebih daripada satu kali.

Langkah terbabit bertujuan untuk mengawal kesesakan dan peningkatan jumlah jemaah di Tanah Suci sekali gus mengasi masalah tersebut terutama di Masjidlharam di Makkah.

Kata Kementerian Haji dan Umrah, langkah tersebut diambil bagi mengatasi masalah kesesakan dan membolehkan pihak mereka melaksanakan pengurusan jemaah dengan lebih baik.

“Langkah berkenaan akan diperkenalkan melalui portal khusus bagi prosedur ibadah umrah iaitu Nusuk yang akan mengeluarkan notifikasi mesej ralat kepada pengguna yang cuba memohon permit umrah untuk kali kedua.

“Mesej itu menerangkan, permohonan mengerjakan umrah lebih daripada sekali ketika Ramadan adalah dilarang bagi memberi peluang kepada jemaah lain,” katanya menurut Harian Metro.

Selain itu, beberapa pintu masuk masjid tertentu turut dikhususkan bagi keluar masuk jemaah, bertujuan mengelakkan kesesakan.

Dalam pada itu, Arab Saudi turut memperkenalkan beberapa kemudahan untuk jemaah negara luar yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Individu yang memegang pelbagai jenis visa, termasuk visa peribadi, lawatan dan pelancongan dibenarkan melakukan ibadah umrah serta melawat makam Nabi Muhammad SAW, Raudah di Masjid Nabawi, Madinah, selepas membuat permohonan melalui sistem janji temu menggunakan aplikasi Nusuk.

Selain itu, tempoh visa umrah dipanjangkan daripada 30 kepada 90 hari untuk membolehkan jemaah tinggal lebih lama.

Bagi mendapatkan permit untuk menunaikan umrah, jemaah boleh menggunakan aplikasi Nusuk.

Kementerian turut mengarahkan jemaah haji mematuhi tarikh dan waktu yang dijadualkan memandangkan mereka tidak boleh mengubahnya.

Bagi jemaah haji yang ingin melakukan sebarang perubahan, mereka perlu membatalkan permit sedia ada dan membuat permohonan semula.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat