Kerajaan Lulus RM13.5 Juta Baik Pulih SJKC Perting

PERTING: Kerajaan meluluskan RM13.5 juta bagi membaik pulih SJKC Perting, termasuk penyediaan bilik darjah dan kemudahan tambahan untuk pelajar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, kerja awal sebanyak RM300,000 juga telah diluluskan supaya projek dapat dimulakan dengan segera.

“Kemudahan ini disasarkan untuk pelajar bermula umur lima tahun sehingga darjah satu, bagi memastikan sekolah berfungsi dengan baik dan murid mendapat manfaat sepenuhnya.

“Kerajaan bertanggungjawab membantu sekolah dan guru, manakala ibu bapa serta komuniti perlu bekerjasama untuk memastikan pendidikan anak-anak kita terus maju,” katanya pada semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Tionghua pada Khamis.

Peruntukan ini juga bertujuan meningkatkan mutu pendidikan, termasuk penguasaan bahasa, sains, matematik, dan teknologi di peringkat awal.

“Fokus kita adalah memastikan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sewajarnya supaya mereka boleh bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa,” tambahnya.

Anwar menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam pembangunan pendidikan dan infrastruktur sekolah, bagi memastikan masa depan generasi muda Malaysia lebih cerah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat