Kerajaan Malaysia, Argentina setuju jaga kepentingan pelaburan bersama

Kerajaan Malaysia dan Argentina bersetuju untuk menjaga kepentingan pelaburan yang sedang dan telah dirancang dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Argentina, Diana Mondino di Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Selain menyentuh mengenai pelaburan antara dua buah negara tersebut, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengambil kesempatan perjumpaan tersebut dengan menyentuh pelbagai isu dari setiap sektor.

“Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk menyentuh perihal perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu, ekonomi digital, pertanian dan industri halal selain pelanjutan tempoh Visa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Anwar turut mengambil kesempatan untuk menyentuh isu geopolitik, khususnya terhadap konflik Palestin dan Israel.

“Saya telah menggesa agar Argentina mendukung usaha mencapai gencatan senjata dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat