Oleh: Syahirah Harish
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.
Anwar menyatakan Malaysia amat terkesan dengan ketegangan di Lubnan susulan serangan Israel yang menyebabkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia bersedia memberi bantuan kewangan kepada Lubnan sebagai sokongan kepada mangsa yang terjejas oleh keganasan ini.
“Saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Anwar juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab Islam untuk membawa usul penyingkiran Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta mengecam kekejaman Israel terhadap Palestin dan Lubnan.
Baca juga: