PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Jumaat ini bagi menilai kedudukan fiskal negara serta memantau perkembangan semasa, khususnya impak ekonomi susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat itu penting bagi membolehkan kerajaan menentukan hala tuju dan langkah susulan yang perlu diambil bagi menangani kesan situasi berkenaan terhadap ekonomi negara.
Menurut beliau, kerajaan akan meneliti perkembangan tersebut secara lebih dekat bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil dapat membantu menstabilkan keadaan.
“Seperti yang kita tahu, negara pernah melalui pelbagai ujian dan kemelut sebelum ini. Saya yakin dengan sikap lebih bertanggungjawab serta kerjasama semua pihak termasuk pimpinan kerajaan, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat, kita mampu menangani cabaran ini dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.
Baca juga:








