KEBANGGAAN Malaysia apabila Pearly Tan dan M. Thinaah membawa pulang pingat perak dalam Kejohanan Badminton Dunia (BWF World Championships) sebentar tadi.
Bertanding dalam final di Adidas Arena, pasangan dunia nombor dua ini memberikan satu persembahan mantap sepanjang 1 jam 23 minit perlawanan. Mereka menghantar cabaran sengit kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu–Tan Ning, namun tewas dalam tiga set dengan keputusan 21-14, 20-22, 21-17.
Walaupun tidak berjaya membawa pulang gelaran juara, Pearly-Thinaah tetap dibanggakan ramai kerana semangat juang dan keberanian mereka. Thinaah menyifatkan mereka sedikit sedih, namun sama-sama memberi pengiktirafan terhadap prestasi lawan yang tenang dan hebat.
“Kami tidak nak beri mata mudah… asalkan shuttle tak jatuh, kami akan berjuang untuk setiap mata,” kata pasangan itu.
Detik ini hadir sebagai hadiah semangat kepada rakyat jelang sambutan Merdeka ke-68, simbol kekuatan, semangat berjuang, dan kebangkitan Malaysia di persada dunia.
Baca juga: