TIKET konsert Elite: Lima Wanita Satu Nama yang mula dijual hari ini disambut meriah oleh para peminat, walaupun ada yang menganggap harga sesetengah kategori agak tinggi.
Namun, semangat penyokong setia Elite kekal utuh. Ramai yang tetap pantas membeli tiket sebaik jualan dibuka tengah hari tadi sebagai tanda sokongan terhadap kemunculan semula lima anggota asal kumpulan itu.
Perkara itu turut dikongsi Elite sendiri menerusi Instagram Story, yang menunjukkan keterujaan peminat bukan sahaja membeli tiket, malah ada yang sudah mula ulang dengar lagu-lagu lama dan berlatih tarian ikonik Elite seperti Tamparan Wanita dan Trauma.
“Walau mahal sikit, kami tetap support Elite. Mereka legend kami zaman dulu-dulu, mesti nak tengok live!” kata salah seorang peminat, Adrinasir.
“Tak sabar nak tunggu konsert! Harap dapat nyanyi sama-sama dan ‘throwback’ zaman remaja dulu.” Kata seorang lagi peminat setia Elite, Mell Ahmad.
Konsert Elite dijadual berlangsung pada 20 September ini, dan menjanjikan malam penuh kenangan bersama peminat yang membesar dengan muzik mereka.
Baca juga: