PM Puji Kejayaan Gemilang Azizulhasni Di Piala Dunia Trek

PETALING JAYA: Arena berbasikal trek dunia sekali lagi menyaksikan kehebatan jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila beliau merangkul pingat emas dalam acara keirin di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI yang berlangsung di tanah air sendiri.

Kejayaan itu bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa semangat juang dan disiplin tinggi mampu menewaskan pesaing-pesaing handalan dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa bangga seluruh rakyat Malaysia terhadap pencapaian luar biasa itu.

“Tahniah buat Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan gemilang merangkul emas acara keirin di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di bumi Malaysia.

“Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini!” katanya.

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman, bukanlah asing dalam dunia berbasikal trek.

Beliau pernah mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia UCI dan juga pemenang pingat Olimpik.

Kejayaan di bumi Malaysia kali ini lebih bermakna kerana ia hadir di hadapan ribuan penyokong tempatan yang bersorak penuh semangat di velodrom kebangsaan.

Anda Mungkin Berminat