Polis tahan guru lelaki aniaya kanak-kanak di pusat jagaan

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penganiayaan terhadap kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Kelana Jaya, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar menyatakan polis menerima laporan tersebut dari bapa mangsa yang melaporkan anaknya telah dianiaya di lokasi berkenaan oleh suspek yang merupakan guru di sana pada Rabu.

“Mangsa yang berusia enam tahun telah ditendang, dipukul dan ditarik sehingga kasar oleh suspek dan disebabkan perbuatan tersebut, mangsa telah terjatuh daripada kerusi.

“Hasil laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan kepada suspek di kediamannya di kawasan Ampang, Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulnizam melaporkan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Namun, kes masih lagi dalam siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat