PRN Sabah: Kerusi Panas Dijangka Tentukan Siapa Bentuk Kerajaan

Oleh: Mohd Najib Hashim

KOTA KINABALU: Dengan penamaan calon selesai pagi ini, perhatian kini tertumpu kepada beberapa kerusi panas yang dijangka menjadi medan penentu pembentukan kerajaan negeri baharu.

Persaingan banyak penjuru, ada yang mencecah empat hingga lima calon menjadikan Pilihan Raya Negeri(PRN) Sabah ke-17 antara paling tidak menentu dalam sejarah moden negeri itu.

Berikut ialah pecahan awal kerusi panas berdasarkan pola sokongan, kekuatan parti dan tumpuan pemerhati politik tempatan.

Bagi DUN Likas, Api-Api dan Luyang merupakan kerusi bandar sekitar Kota Kinabalu kekal sebagai perebutan utama antara Pakatan Harapan (DAP), Warisan dan GRS.

Di Likas pertandingan tiga penjuru mengetatkan saingan dengan pengundi bandar yang terkenal berubah-ubah.

Walaupun Api-Api merupakan kubu tradisi DAP, namun kehadiran Warisan dan GRS menjadikan keputusan sukar diramal.

Di Luyang menyaksikan sokongan etnik campuran dan isu kos sara hidup menjadikan kerusi sebagai tumpun umum.

Adalah dijangka kawasan ini menjadi indikator sentimen kelas menengah Sabah terhadap kerajaan persekutuan.

Menarik juga untuk melihat DUN di sekitar Pantai Timur. Di kawasan ini menyaksikan pertarungan sengit antara Warisan dan GRS.

Di Semporna, Kunak dan Lahad Datu, saingan sengit dijangka berlaku.

DUN Senallang tumpuan utama terarah kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang akan mempertahan kerusi tersebut. Selaku Presiden Warisan dan kubu kuat sejak beliau mewakil Umno lagi, beliau dilihat tidak ada masalah untuk kekal.

Kehadiran parti tempatan menyaksikan DUN Bum-Bum berisiko berlaku pecahan undi tinggi.

DUN Tungku menyaksikan undi FELDA dan kawasan luar bandar menjadi faktor penentu.

DUN Tanjung Papat menyaksikan DAP dan GRS berebut undi kelas menengah di Sandakan.

Di atas kertas mengikut sejarah kawasan Pantai Timur dianggap jantung kekuatan Warisan, namun GRS dan PN menunjukkan peningkatan sejak 2020.

Senario politik di Kota Belud dan Tuaran mengikut sejarah menjadi dinasti politik dan undi etnik KadazanDusun.

Daerah ini menyaksikan perebutan pengaruh antara parti-parti KDMR, selain Warisan dan GRS.

Bagi DUN Kadamaian pertembungan antara pemimpin muda KDM menjadi tumpuan.

Pertembungan di  DUN Tempasuk menyaksikan persaingan etnik Dusun-Iranun-Suluk menjadikan undi sukar dipetakan.

Selain itu kerusi Sulaman seperti biasa menyaksikan persaingan bagi blok parti tempatan.

Manakala DUN Moyog menyaksikan PH berdepan cabaran kuat daripada Warisan.

Pecah undi KadazanDusun

Selain isu nasional MA63, penentu utama ialah pengaruh pemimpin tempatan dan isu tanah adat (NCR).

Manakala bagi DUN Tambunan, Keningau dan kawasan  edalaman dilihat menyaksikan medan perpecahan undi KDMR

Ini kerana kawasan ini yang biasanya dikuasai KDMR, makin berpecah antara STAR, GRS dan KDM.

Kerusi legasi keluarga Pairin di Tambunan menjadikannya medan pengaruh komuniti KadazanDusun.

Saingan panas antara KDM dan GRS berlaku di DUN Bingkor.

Untuk DUN Liawan menyaksikan undi terpecah tiga membuatkan kemenangan bergantung kepada kekuatan jentera kawasan.

Kawasan ini dilihat mampu mempengaruhi sama ada kerajaan negeri terbentuk dengan majoriti selesa atau tipis.

Situasi di Tawau adalah pertembungan Urban-Separa Bandar. Isu nasional menjadi kunci utama kemengan parti.

Di kawasan timur Sabah ini DUN Sri Tanjong, DAP berdepan pertandingan sengit dengan Warisan dan GRS.

Manakala DUN Apas isu infrastruktur dan pembangunan bandar menguasai naratif kempen.

Menariknya, pengundi muda dan kelas menengah menjadi penentu utama di sini.

Tenom, Pensiangan, Nabawan biasanya menjadi penentu majoriti.

Kerusi pedalaman selatan sering menjadi “penutup cerita” keputusan PRN Sabah.

DUN Melalap, BN dan GRS berdepan cabaran kuat daripada KDM.

Bagi Kemabong, pertandingan tiga penjuru dijangka beri kelebihan kepada calon yang mempunyai jentera akar umbi paling mantap.

Corak undi luar bandar yang sukar dijangka menjadikan kerusi DUN Nabawan ini antara paling mencabar.

Kerusi-kerusi ini lazimnya menentukan siapa berjaya menembusi angka majoriti 37 kerusi.

Kerusi Pengubah Kuasa

Lazimnya, sekurang-kurangnya 25 hingga 30 kerusi boleh dikategorikan sebagai kerusi panas yang mampu mengubah peta kuasa Sabah.

Faktor penentu termasuk:

  • pecahan undi parti tempatan,
  • mood pengundi bandar terhadap PH/kerajaan pusat,
  • kekuatan jentera GRS di akar umbi,
  • serta sejauh mana Warisan mampu menggerakkan sentimen autonomi Sabah.

Dengan persaingan merentasi hampir semua kawasan, PRN kali ini dijangka memerlukan parti-parti utama menyiapkan strategi bukan saja untuk menang kerusi  tetapi untuk bertahan dalam potensi rundingan pasca-keputusan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat