Ribuan rakyat Palestin mula kembali ke runtuhan kediaman

GAZA: Pihak penjara Israel membebaskan 90 banduan Palestin pada awal pagi Isnin sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara mereka dan Hamas.

Memetik Al-Jazeera, gencatan senjata bermula pada 9:15 pagi (waktu tempatan) selepas penangguhan hampir tiga jam semasa serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah kembali ke kediaman mereka di pelbagai kawasan di Gaza.

Mereka kini menunggu penghantaran makanan dan bantuan perubatan yang amat diperlukan selepas tentera Israel akhirnya menamatkan pengeboman selama 15 bulan di kawasan yang dikepung itu.

Kira-kira 600 trak bantuan yang dijanjikan akan memasuki Gaza hari ini telah tiba, sebagai sebahagian daripada fasa pertama gencatan senjata.

Jenayah perang Israel ke atas Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 46,913 rakyat Palestin dan mencederakan 110,750 sejak 7 Oktober 2023. Sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel semasa serangan pimpinan Hamas hari itu dan lebih 200 ditawan.

Baca juga:

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat