Runtuhan Bangunan Kediaman Bertingkat Ragut 15 Nyawa

RABAT: Tragedi runtuhan bangunan kediaman bertingkat di bandar Fez, utara Maghribi, meragut 15 nyawa manakala lima lagi cedera, menurut laporan Anadolu Ajansi pada Jumaat.

“Jumlah mangsa akibat insiden itu meningkat kepada 15 kematian dan lima cedera,” kata seorang pegawai kepada Anadolu.

Bangunan kediaman lima tingkat di kejiranan Jnan Jroudi, daerah Ain Naqbi, runtuh sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku secara tiba-tiba sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk berhampiran.

Menurut koresponden Anadolu, pihak berkuasa telah menamatkan operasi menyelamat selepas mengesahkan tiada lagi mangsa tertimbus.

Sebagai langkah keselamatan, empat bangunan bersebelahan turut dikosongkan, manakala siasatan rasmi dibuka bagi mengenal pasti punca runtuhan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan berhubung punca kejadian.

Pada Khamis, penyiar milik kerajaan Channel 2 melaporkan angka korban meningkat kepada 11 orang sebelum jumlah rasmi disahkan kepada 15 pada Jumaat.

Anda Mungkin Berminat