SPR: Tiada PRK Pandan, Setiawangsa selepas Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa susulan kekosongan luar jangka melibatkan kedua-dua kawasan itu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung perkara tersebut.

Menurut beliau, kekosongan kerusi berkenaan diisytiharkan di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan menerusi surat bertarikh 20 Mei 2026.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat turut memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan bekas Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen serta keluar daripada parti itu berkuat kuasa 18 Mei lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat