Timor-Leste siap siaga raih pelbagai peluang bersama ASEAN

Oleh: Tyah Helmi

KUALA LUMPUR: Pada hari yang penuh bersejarah buat seluruh rantau ASEAN, Timor-Leste secara rasminya menjadi negara anggota ASEAN ke – 11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão menyifatkan ia satu permulaan baharu yang membuka peluang besar dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan dan ekonomi digital buat negaranya Timor Leste.

Menerusi ucapan Xanana di sesi perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Ahad, beliau menyatakan rasa bersiap siaga untuk kekal mempelajari, berinovasi dan dan mengamalkan tadbir urus yang baik, sambil memperkukuh institusi kami dalam perjalanan bersama menuju pembangunan mampan bersama seluruh negara anggota ASEAN.

Ujar beliau lagi, ia merupakan sebuah permulaan kepada episode baharu yag penuh inspirasi bersama serantau ASEAN.

“Bersama-sama, kita akan memajukan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 sebuah ASEAN yang aman, makmur, berdaya tahan dan berteraskan rakyat, dengan Timor-Leste sebagai penyumbang aktif.

“Pada hari penuh kebanggaan dan perayaan ini, saya berucap bukan sahaja sebagai Perdana Menteri, bagi pihak Presiden Republik Timor-Leste dan seluruh rakyat Timor-Leste, tetapi kini sebagai ahli keluarga ASEAN yang sejati,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat