Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan bahawa dasar pengambilan sedia ada adalah kekal.
Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, tiada perbincangan yang berlaku di Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti tentang perkara itu.
”Merujuk kepada isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM.
”Saya amat menegaskan bahawa tiada apa-apa perbincangan lanjut yang berlaku tentang perkara itu,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook UFM UiTM Radio.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa untuk menumpukan usaha dalam menunaikan amanah sebagai seorang pelajar.
”Gunakan masa yang sangat berharga ini untuk belajar dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi bekal buat masa depan yang tidak menentu.
”Maka, inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa,” katanya.
Justeru itu, UiTM masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 dimana, UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Baca juga: