Umat Islam diseru solat sunat Istisqa‘ hadapi cuaca panas, kering – Menteri

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini diseru laksana Solat Sunat Istisqa’ sebagai usaha memohon rahmat hujan daripada Allah SWT susulan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata amalan tersebut wajar dilakukan secara berterusan sebagai tanda keinsafan serta pergantungan kepada Allah dalam menghadapi ujian cuaca ketika ini.

Menurut beliau, selain memohon hujan, pelaksanaan solat berkenaan juga bertujuan agar segala kesulitan yang dihadapi akibat keadaan cuaca dapat diringankan.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan, di samping dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi pada Selasa.

Beliau turut mengajak seluruh umat Islam memperbanyakkan doa dan munajat agar negara dilimpahi rahmat serta dijauhkan daripada sebarang bencana akibat cuaca ekstrem.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat