Uncategorized

Penjaga anjing pengesan K9 Blake peluk agama Islam

Penjaga anjing pengesan dikenali sebagai Blake, Salbuddin Salleh memilih untuk memeluk Islam, semalam selepas Blake disahkan mati beberapa hari lalu.

Blake adalah seekor anjing pengesan milik Bomba Malaysia yang banyak terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, termasuk dalam kejadian tanah runtuh Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu.

Salbuddin, 34, memeluk Islam dalam satu majlis di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.

Perkara itu dikongsi melalui satu hantaran di akaun TikTok @iraqmantul bersama video menunjukkan Salbuddin sedang melafazkan kalimah syahadah.

Video berkenaan turut diletakkan dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah’.

Perkongsian video terbabit mendapat 47,900 tontonan, 4,644 tanda suka, 974 komen dan 815 hantar semula setakat jam 12.38 malam tadi.

Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang Isnin lalu selepas dikesan menghidap barah.

Blake menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

Anjing baka English Springer Spaniel berasal dari United Kingdom itu mula berkhidmat dengan pasukan bomba pada 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close