Sukan

HM kena ‘taji’ dengan Tajikistan 2-0

Kelebihan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata masih tidak mampu membantu skuad kesayangan negara, Harimau Malaya untuk menjulang piala Pestabola Medeka 2023.

Ini dilihat apabila Harimau Malaya tewas 0-2 menentang Tajikistan dalam perlawanan yang berlangsung pada Selasa.

Hasrat skuad negara untuk meraih kemenangan gagal apabila dua pemain Tajikistan, Soirov Rustam dan Shahrom Samiev membuat jaringan.

Dalam perlawanan tersebut memperlihatkan benteng pertahanan Harimau Malaya agak kukuh lebih-lebih lagi cubaan pemain Tajikistan pada minit ke-15 gagal.

Pemain Harimau Malaya turut mempamerkan corak permainan bersungguh-sungguh dan melakukan serangan ke gawang lawan namun tidak berjaya.

Setelah lebih 40 minit permainan, Harimau Malaya terpaksa menanggung kekecewaan apabila pemain Tajikistan, Soirov Rustam berjaya membuat jaringan pada minit ke-44

Jaringan seterusnya dijayakan Samiev Shahrom pada minit ke-88.

Meskipun tidak berjaya dan hanya bergelar naib juara, namun itu tetap tidak mematahkan semangat peminat untuk terus memberikan sokongan.

Tewas kepada Tajikistan itu menjadi kekalahan kedua skuad kendalian Kim Pan-gon selepas kalah dalam perlawanan akhir Piala Raja-Raja Thai 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close