Negeri

Cubaan seludup diesel 26,000 liter, 13 ditahan

Seramai 13 suspek termasuk tujuh warga Thailand ditahan susulan rampasan sebuah lori tangki berisi 26,000 liter diesel dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 60 itu ditahan susulan serbuan dilakukan polis kira-kira pukul 3 petang.

Aktiviti penyeludupan itu berjaya diketahui selepas lori tangki terbabit dikesan membawa diesel dianggar bernilai RM55,900 tanpa dokumen sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth, mengesahkan rampasan dengan nilai sitaan keseluruhan RM75,900 itu termasuk tangkapan, yang mana semuanya diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Semua 13 suspek ditahan ketika berada dalam premis yang diserbu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Kedah memberi amaran keras bahawa kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit sindiket serta aktiviti penyelewengan barang kawalan ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close