Anwar arahkan DBKL jangan lengah projek sudah diluluskan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak melengahkan kelulusan bagi sebarang projek yang sudah diputuskan.

Anwar berkata, beliau juga masih belum berpuas hati dengan tahap kecepatan bagi tempoh meluluskan sebarang projek di ibu negara.

“Kita mahu tahap kecepatan kelulusan projek bukan sahaja di bandaraya (DBKL) ini tapi (juga) di seluruh negara.

“Walaupun kita efisyen, tapi tahap kecepatan kelulusan itu masih belum memuaskan. Kita tak boleh lengahkan projek yang sudah diputus dan diluluskan.

“Kita masih tertinggal berbanding negara lain termasuk Vietnam dalam soal kecepatan,” katanya pada Khamis.

Beliau turut memberitahu, DBKL diberi masa dua minggu untuk menyediakan laporan berkaitan pemohonan projek di Kuala Lumpur termasuk membabitkan PSKL 2040.

“Saya mahu laporan disampaikan dalam dua minggu. Kita hendak pelaksanaan keputusan, kalau tak keputusan tangguh sehingga sampai tahun depan.

“Kerana kata mereka (DBKL) Disember itu separuh bercuti, saya tidak boleh terima kenyataan itu.  Kalau cuti, cutilah tapi sebelum cuti bulan Disember itu, mesti ada laporan tersebut dan ini cabaran kepada Datuk Bandar,” katanya. 

Baca juga: